Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu berkaitan rayuan SRC International Sdn Bhd.<br /><br />Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ketika membacakan keputusan itu berkata, kesemua usul pembelaan mempunyai objektif untuk mewujudkan keraguan terhadap hakim bicara iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.